ANUGERAH PENTADBIR UniMAP 2024 | |
1. | Sukacita dimaklumkan, Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UniMAP (POTENSI) akan menganjurkan Majlis Anugerah Pentadbir UniMAP 2025 sempena sambutan Hari Pentadbir Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2025. |
2. | Sehubungan itu, POTENSI ingin mempelawa semua Pentadbir UniMAP yang terdiri daripada Pegawai Skim Perkhidmatan A, B, C, F, G, J, K, L, N, Q, S, U dan W yang berstatus tetap atau kontrak di kalangan Ahli POTENSI untuk menyertai pertandingan anugerah ini. |
3. | Calon-calon lain selain Ahli POTENSI juga dijemput menyertainya dan akan dikira menjadi Ahli POTENSI secara automatik. |
4. | Berikut disertakan tarikh-tarikh penting bagi Anugerah Pentadbir UniMAP 2024; |
a) Tarikh Penyertaan : 11 Mac 2025 hingga 25 Mac 2025 b) Tarikh Penilaian : 01 April 2025 hingga 20 April 2025 c) Tarikh Penyampaian Hadiah : 22 April 2025 |
|
5. | Penganjuran kali ini akan mengetengahkan sebanyak 11 anugerah berprestij di peringkat UniMAP iaitu; |
a) Anugerah Tokoh Pentadbir b) Anugerah Pentadbir Gemilang c) Anugerah Pentadbir Harapan d) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Kepimpinan) e) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Khidmat Komuniti) f) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Tadbir Urus Kreatif & Inovatif) g) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Inovasi) h) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Pakar Rujuk/ Konsultansi) i) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Sukan) j) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Penulisan) k) Anugerah Pentadbir Cemerlang (Penyelidikan) |
|
6. | Tahun penilaian pertandingan anugerah adalah dikira bermula pada tahun 2013 hingga Dis 2023 iaitu selama 5 tahun. |
7. | Hadiah pemenang yang berjaya adalah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. |
8. | Semua calon pertandingan anugerah akan diberikan sijil penyertaan. |
9. | Penyertaan adalah percuma. |
10. | Para Pentadbir yang berminat hendaklah melengkapkan borang pertandingan anugerah yang disediakan secara dalam talian. |
11. | Keterangan lanjut berkaitan pertandingan anugerah adalah sebagaimana pautan yang disediakan. |
12. | Sebarang pertanyaan lanjut mengenai maklumat login atau isu teknikal boleh menghubungi En Norazam Bin Rashid melalui e-mel rasmi norazam@unimap.edu.my atau Pn. Aiza Jasmi melalui e-mel rasmi aiza@unimap.edu.my atau Ir. Mohd Khairrul Amry Romly melalui e-mel rasmi khairrulamry@unimap.edu.my |
13. | Akhir kata, Jawatankuasa Eksekutif POTENSI UniMAP amat mengalu-alukan semua Pentadbir UniMAP menyertai pertandingan ini dan mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA, Insya-Allah. |
Sekian, terima kasih. POTENSI UniMAP 2025 |